Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Hanif Umar, pengasas Jalur Data Sdn Bhd (JDSB).
Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri networking—bermula dari zaman kegemilangan JARING hingga menguruskan projek infrastruktur kritikal hari ini—misi saya sekarang adalah untuk memudahkan ilmu Enterprise Networking untuk anda.
Kenapa belajar dengan saya?
🚀 Pengalaman Industri: Bukan sekadar teori buku, tapi pengalaman sebenar setup data center, migration, dan office network.
🎓 Certified Trainer: Saya merupakan HRDCorp Certified Trainer dengan latar belakang teknikal (Ex-JARINGite & CCNA/CCVP).
🛠️ Practical-Focused: Saya tak suka membuang masa dengan teori yang tak dipakai. Dalam kelas saya, kita terus 'tangan kotor' dengan konfigurasi sebenar.
Saya percaya, setiap orang boleh kuasai networking asalkan ada panduan yang betul dan praktikal. Jom kita 'Highway-kan' kerjaya IT anda bersama Jalur Data
Kuasai Real-World Networking dalam Masa Singkat!
Ramai yang tahu teori Cisco, tapi bila depan hardware sebenar terus 'blur'. Dalam Mini Online Class (MOC) Cisco ini, saya ringkaskan pengalaman 20 tahun saya dalam industri untuk bantu anda faham konfigurasi Enterprise Network dengan cara yang paling praktikal.
Bukan sekadar baca nota, tapi saya tunjukkan step-by-step bagaimana nak setup peranti dari kosong sehingga rangkaian anda boleh akses internet dengan selamat.
Apa yang anda akan dapat?
✅ Rakaman Video Intensif: Tonton bila-bila masa, ikut kelajuan anda sendiri.
✅ Nota PDF & Skrip CLI: Tak perlu hafal command, saya dah sediakan template untuk anda.
✅ Support Komuniti: Akses ke grup Telegram eksklusif untuk sesi soal jawab terus dengan saya.
Sama ada anda pelajar IT, juruteknik, atau baru nak up-skill kerjaya, kelas ini direka khas untuk pastikan anda "tangan kotor' dengan konfigurasi yang betul-betul digunapakai di industri hari ini.
MODUL MASTERING ASAS KONFIGURASI CISCO
Modul 1: Asas & Static IP
Cara login peranti guna PuTTY & kabel Console.
Setting Static IP untuk Router, Switch, dan Laptop
Modul 2: DHCP Server
Konfigurasi Router sebagai DHCP Server.
Cara automasikan agihan IP kepada semua peranti dalam ofis
Modul 3: VLAN & Trunking
Teknik "Router-on-a-Stick".
Asingkan trafik jabatan (Contoh: Sales & Tech) untuk keselamatan rangkaian
Modul 4: Internet Access (NAT)
Konfigurasi NAT Overload.
Cara bagi semua peranti dalam LAN akses internet guna satu IP awam
APA KATA ALUMNI KAMI